Wednesday, May 18, 2005

TALAM UBI



Bahan-bahan untuk membuat lapis bawah:-

1 kilo ubi kayu - dilumatkan dan tapis, buang air tapisan
3 cawan air
1 cawan gula melaka
1 cawan gula pasir
2 helai daun pandan

Cara untuk membuat lapis bawah:

1.                   Panaskan kukusan dan leset minyak pada loyang.
2.                   Ambil ubi dalam tapisan dan gaulkan dengan air gula.
3.                   Masukkan adunan ke dalam loyang dan kukus sehingga masak anggaran selama ½ jam.

Bahan-bahan untuk membuat lapis atas:

Tuesday, May 10, 2005

KUE TIAU LADNA

Bahan-bahannya:-

1 bungkus kue tiau
2 siong bawang putih
1 biji bawang besar
200 gram isi udang segar
200 gram hirisan daging ayam
200 gram sotong - dipotong kecil
1 sudu tepung jagung dibancuh dengan 2 sudu air
5 biji cili padi
1 sudu sos ikan
1 sudu kecil taucu
200 gram sayur kailam, jagung muda, bunga kubis
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1 cawan stok ayam
Bahan perasa secukupnya.

Cara-cara Membuatnya:-

Friday, May 6, 2005

BUKU RESIPI HAMEMAH

Kebijaksanaan isteri memasak bakalan membuahkan rasa cinta dan ingatan suami yang berkekalan. Makanan ibu meninggalkan memori yang mendalam buat si anak. Kita juga sering merindukan masakan ibu dan itulah yang akan berlaku buat anak-anak kita nanti. Mereka juga memuji-muji masakan yang kita sediakan kerana kita adalah ibunya.

Cara penyediaan, kaedah, resepi dan masakan yang dimasak menyimpan rahsia asal keturunan, waris dan persaudaraan.  Tidak kenal maka tak cinta, kata orang sesedap manapun makanan di restoran yang termahal pun, sedap lagi sambal belacan dan ulam-ulaman dari dapur sendiri.
google.com, pub-5229426821154127, DIRECT, f08c47fec0942fa0