Sunday, June 24, 2007

Ayam Masak Tumis



Hari ini aku membuat satu sejarah lagi, bila pulang dari kerja suamiku singgah membeli lauk untuk masakan makan malam. Apabila sampai gerai ayam yang terletak di sebelah Desa Murni, Pengadang Baru saya terus memesan ayam sekilo lebih dengan harga RM8.00 lalu ku buka beg tangan untuk mengambil duit, sungguh aku terkejut tas kecil aku tertinggal di pejabat, alangkah malunya rasa. Nasibku baik kerana suami ada, kami terpaksa pusing semula ke pejabat untuk tas kecil ku.

Dalam perjalanan pulang aku bertanya pada suamiku, apakah yang perlu kita masak untuk makan malam ini. Suami ku suruh masak lauk ayam tumis lada dan goreng sayur kangkung. Sampai je di rumah, aku terus menuju ke dapur untuk menyediakan bahan untuk memasak.


Bahannya :-

1 ulas bawang putih
2 ulas bawang besar
4 biji cili api

- Bahan ini dikisar halus

8 ketul ayam yang telah digoreng terlebih dahulu
2 sudu cili boh
2 sudu cili sos
2 sudu tomato sos
2 sudu air asam jawa
½ sudu kecil garam
Sedikit perisa
2 ½ sudu besar minyak
2 sudu besar kacang pes


Cara :-

Panaskan kuali dan masukkan minyak. Bila minyak sudah pijar masukkan bahan yang dikisar tadi bersama dengan cili boh. Bila bahan tadi sudah naik bau, masukkan air asam jawa, garam dan sedikit perisa kemudian masukkan pula cili sos dan tomato sos. Selepas itu, masukkan ayam ke dalam kuali tadi biarkan sebati dengan rempah yang digoreng tadi. Biarkan selama lebihkurang10 minit, masukkan kacang pes biarkan sebati dan terus dihidang.

Rasailah kenikmatan lauk ayam tumis ini bersama sayur kangkung goreng. Kiranya cukuplah 4 orang makan. Selamat menjamu dengan resepi dari masakan saya ni.

jangan lupa sedia jus oren atau mangga untuk diminum selepas makan nasi dengan masakan ayam tumis ni. best tau....

Sunday, June 3, 2007

Resepi Kuih Nekbat Tok Su Halus

Nekbat "ready make" ada dijual rata-rata di bazar Ramadan di Terengganu sama ada yang kosong atau telah disira. Jika nak buat, sama seperti buat baulu beras tapi tak perlu dimasukkan gula lagi. Sebab nekbat ni, makanan versi Wetland ... lembab berair gula. Beli nekbat kosong, dan hanya buat sira gula. Kalau tak ada nekbat kosong boleh buat ikut resepi ini.

Bahan-bahannya:
250 gm tepung beras
6 biji telur ayam
1/2 sudu pewarna kuning telur

Cara-cara Membuatnya

1.   Tepung beras disangar seketika, biarkan sejuk kemudian diayak.
2.   Pukul telur hingga kembang, masukkan pewarna dan pukul lagi hingga kembang berbuih.
3.   Masukkan tepung beras sedikit demi sedikit sambil terus mengacau hingga sebati. Boleh gunakan  pengepuk tangan.
4.   Sapukan minyak pada acuan baulu.
5.   Ceduk campuran tepung dengan senduk dan isikan dalam acuan.
6.   Panaskan atas dapur arang atau masukkan dalam oven pada suhu 180oC. Untuk aroma tradisi gunakan sedikit kulit kelapa kering letakkan dalam oven.
7.   Setelah masak kekuningan, keluarkan dari acuan dan ulangi.

Sira Nekbat

10 biji nekbat kosong
500 ml air
150 gram gula pasir
6 kuntum bunga cengkih
2 helai daun pandan

Cara-cara Membuatnya

1.   Panaskan air hingga mendidih.
2.   Bubuh gula hingga larut, masukkan bunga cengkih dan daun pandan.
3.   Setelah mendidih kedua, padamkan api masukkan nekbat biar ia meresap sira gula dan terendam, jangan dikacau, nanti hancur lebur.
4.   Tutup periuk 10 minit untuk penyerapan lengkap.
5.   Hidangkan. Paling enak disimpan dalam peti sejuk dahulu sebelum dimakan.


Friday, June 1, 2007

PUDING TELUR

Bahan-Bahannya:

5 biji telur
1 tin susu cair Ideal
1/2 mug air suam
5 sudu besar gula pasir
5 sudu besar esen vanilla
mentega untuk disapu

Cara-cara Membuatnya:

1.   Pukul telur dan gula hingga kembang. 
2.   Setelah telur telah kembang, masukkan susu, air suam dan esen vanilla.
3.   Tapis campuran tersebut.
4.   Sapukan loyang dengan mentega.
5.   Tuang campuran yang telah ditapis kedalam loyang.
6.   Kukus selama 20 minit.
7.   Angkat setelah masak.
google.com, pub-5229426821154127, DIRECT, f08c47fec0942fa0