Monday, June 30, 2008

Sop Cendawan Tiram

Petang kelmarin, aku sungguh penat dengan kursus yang ku hadiri. Bila balik ke rumah apa yang aku fikirkan apa yang harus aku masak bagi makan malam keluarga ku. Fikir punya fikir dapat ideal untuk masak yang ringkas je.. Ikan kerisi goreng berlada dan sup sayur cendawan.

Bahan-bahannya:-

2 ekor ikan kerisi yang besar
1 sudu besar cili boh
½ sudu besar serbuk kunyit
½ sudu besar garam
1 sudu besar air asam jawa

2 biji bawang besar ]
1 biji bawang putih ] dikisar
½ inci halia ]
Sedikit perisa

1 cawan minyak

Caranya :-

Kesemua bahan di atas dicampurkan dan diperapkan bersama ikan yang telah dibelah belakangnya. Perap selama 15 minit kemudian digoreng hingga garing.


Bahan untuk sup sayur cendawan antaranya :-

2 ulas bawang putih ]
2 biji bawang besar ] dihiris nipis
2 biji lada besar ]
1 peket rempah sup sayur Adabi
2 ekor ikan selayang - diambil isinya untuk ditumbuk dan dibulat-bulatkan
2 peket cendawan
4 gelas air
Garam dan perisa – sesedap rasa
1 peket kecil soo hoon
2 sudu minyak masak

Caranya :-

Panaskan minyak dan masukkan bawang putih sampai naik baunya kemudian masukkan bawang dan lada. Lepas itu masukkan ikan yang telah dibulatkan tadi, masukkan air dan terus masukkan rempah biarkan mendidih kemudian masukkan cendawan bersama soo hoon dan biarkan ia empuk.

Bila masak bolehlah dihidangkan bersama ikan kerisi goreng. Aku sungguh gembira melihat suami dan anak-anak aku makan dengan berselera.

Kalau anda semua nak cuba.. rasailah keenakan masakan ini. Cuba tau jangan tak cuba..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...