Tuesday, June 18, 2013

AIR MANGGA

Bahan-bahannya: 

2 biji buah mangga (yang masak)
½ gelas air gula
2 ½ gelas air sejuk

Cara-caranya;  

1. Buah mangga dikupas kulitnya dan dipotong kecil-kecil. 
2. Masukkan ke dalam blender bersama dengan air gula dan air sejuk. Kisar hingga hancur. 
3. Kemudian ditapis ambil airnya dan disejukkan.

PUDING PRUN

Bahan-bahannya:- 

37.5 gram agar-agar
250 gram gula
1 tin susu cair
4 biji telur
½ kotak buah prun (dihiris)
4 cawan air

 Cara-caranya;  

1. Agar-agar dimasak hingga hancur kemudian ditapis. 
2. Pukul telur, gula dan buah prun hingga sebati. 
3. Tuangkan ke dalam agar-agar bersama susu cair. Masak hingga mendidih.
4. Angkat dan sejukkan ke dalam acuan.

AYAM MASAK TOMATO

Bahannya:- 

1 ekor ayam (potong ikut suka)

15 biji cili kering
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
(cili kering, bawang merah dan bawang putih digiling)

1 sudu teh gula
1 tin kacang peas
½ botol tomato sos
1 batang serai (dititik)
Sedikit garam dan kunyit

 Cara-caranya:  

1. Ayam digaulkan dengan sedikit garam dan kunyit kemudian digoreng. 
2. Panaskan minyak dan tumis bahan giling hingga naik baunya kemudian masukkan ayam. 
3. Masukkan sedikit air asam dan tomato sos, bila kuahnya telah agak pekat masukkan kacang peas gaul rata-rata barulah diangkat. 


Sesuai dimakan dengan nasi minyak / nasi tomato.

Resepi Udang Popia (Hajah Sheila Rusly)

Resepi Udang Popia Hajah Sheila Rusly.

KETAM GORENG BERCILI

Bahan:- 

900 gm ketam
2 biji bawang besar (dibelah lapan)
5 cm kulit kayu manis
1 tin kecil kacang peas
2 biji cili merah (dihiris)
50 sen daun kucai.

Bahan untuk digiling (cili kering, kacang goreng, lengkuas)
150 gm cili kering
150 gm kacang goreng
2.5 cm lengkuas
Garam secukupnya

Cara-caranya:-  
1. Gaulkan ketam dengan sedikit garam dan kunyit kemudian goreng hingga garing. 
2. Panaskan minyak dan tmus bawang besar serta kulit kayu manis. 
3. Masukkan bahan giling, cili merah, air asam dan garam masak hingga mendidih. 
4. Masukkan daun kucai yang dipotong dan kacang peas kacau rata-rata, kemudian angkat dan tuangkan ke atas ketam tadi.

NASI TOMATO

Bahan:- 
4 tin susu beras
1 tin kecil minyak sapi
1 tin kecil susu cair
1 tin kecil tomato puri
1 labu bawang besar
3 cm halia
2 biji tomato
6 ulas bawang putih
1 cm kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
6 kuntum bunga cengkih
4 biji buah tomato
2 sudu besar serbuk jintan manis dan jintan putih
4 tin susu air
1 sudu teh serbuk lada sulah
 200 gm daging cincang
Sedikit daun pudina
Bawang goreng secukupnya
Kismis secukupnya

Cara-caranya:-  
1. Tomato dibasuh dan dihiris bulat-bulat. 
2. Bawang besar dimayang halus. 
3. Bawang putih dan halia digiling hingga lumat. 
4. Sebuk jintan manis dan serbuk jintan putih dibancuhkan dengan sedikit air setelah itu campurkan dengan bahan yang telah digiling tadi. 
5. Beras dibersihkan kemudian dibasuh dan toskan airnya. 
6. Panaskan minyak sapi di dalam periuk setelah itu tumiskan kulit kayu manis, buah pelaga masukkan campuran rempah-rempah yang sudah digiling tadi bersama bawang besar dan tomato. 
7. Bila telah garing masukkan daging cincang sambil dikacau-kacau hingga rata. 
8. Setelah itu masukkan susu cair dan garam cukup rasa. Kemudian ,masukkan air,biarkan mendidih. 
9. Bila telah mendidih masukkan beras dan masaklah sehingga kering, perlahankan apinya. 
10. Setelah masak taburkan di atasnya dengan bawang goreng dan kismis. 

Sangat sesuai dihidangkan bersama-sama ayam masak tomato / merah, ayam kuzi, daging kurma dan paceri nenas atau acar nenas merah.

Monday, June 10, 2013

NASI KABULI

Bahannya:-

5 cawan besar
½ cawan beras pulut
5 ½ cawan air
½ cawan minyak sapi / minyak masak

2 biji bawang putih
6 biji bawang merah
4 cm halia (bawang putih, bawang merah, halia – dimayang)
4 cm kulit kayu manis
2 sudu kecil lada hitam
4 biji buah pelaga
4 kuntum bunga lawang

½ sudu kecil jintan putih
½ sudu kecil ketumbar
( dibungkus dgn kain jarang)

2 helai daun pandan
Garam dan bahan perisa

Caranya :-

1. Beras dan beras pulut digaul sekali dan dicuci dengan bersih.

2. Panaskan periuk dan masukkan minyak dan masukkan bahan yang dimayang. Bila sudah naik bau masukkan kulit kayu manis, bahan dibungkus, lada hitam, bunga lawang dan campurkan air.

3. Masukkan daun pandan.

4. Bila mendidih masukkan beras.

5. Masukkan garam dan perasa.

6. Bila nasi kering kecilkan api.

7. Bila periuk dah naik wap beberapa bolehlah diangkat dan dihidangkan dengan gulai daging/ayam atau ikan.

PUDING COCKTAIL

Bahannya:-

 1  tin buah-buah (fruit cocktail)
37 gram agar-agar
2   biji telur ayam (ambil kuningnya sahaja)
2   sudu besar mentega
2   gelas gula
1   tin susu cair
Sedikit esen vanilla
1   cawan air

Caranya:-

1. Agar-agar dimasak dengan air. Setelah mendidih angkat dan tapis. Kemudian masukkan susu, gila kuning telur yang sudah dipukul terlebih dahulu di dalam bekas yang berasingan dan esen vanilla. Biarkan sehingga mendidih.

2. Akhir sekali barulah masukkan mentega dan buah-buahan.

3. Kacau perlahan2 sehingga rata.

4. Setelah itu tuangkan di dalam acuan dan bekukan.

Apabila sudah beku boleh dihidangkan.

Ingat; sebelum semua ada di meja jangan lagi dimakan nanti ada pula yang tak sempat merasa puding ni. Hajat hati nak bagi tetamu yang merasanya, kut nya tuan rumah yang perhabisnya dulu.... heh heh....

Thursday, June 6, 2013

SINGGANG DAGING MAK TERANUNG

Bahannya:

600 gram daging lembu
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
½ cm halia di mayang
2 ½ cm kunyit
1 sudu ketumbar
½ sudu lada hitam
3 keping asam gelugur
2 cm lengkuas
Sedikit aji no moto dan garam secukup rasa

Caranya:-

1. Daging dipotong kecil dan dibersihkan.
2. (Ketumbar, lada hitam, bawang merah, bawang putih, halia, asam keping, kunyit dan lengkuas) ditumbuk. 3. Masukkan (2) ke dalam periuk yang telah dimasukkan air dan masukkan daging.
4. Masak api perlahan hingga empuk/lembut kemudian diangkat dan dihidangkan.

Kalau nak rasa tu jangan banyak-banyak nanti tak jadi lauk lah pulak.

Wednesday, June 5, 2013

PERIA GORENG

Bahannya:-

 2 biji peria
¼ kilo udang
3 biji cili merah
2 ulas bawang putih
1 sudu besar air asam jawa
Garam, serbuk perasa secukupnya

Caranya:-
1. Peria dibersihkan dan dipotong kecil-kecil setelah itu diramaskan dengan sedikit air garam, dibasuh dan ditoskan.
2. Udang dibersihkan serta dibuang kulitnya. Cili merah, bawang merah dan bawang putih hingga lumat.
3. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan yang ditumbuk sehingga pijar dan masukkan air asam jawa, garam dan sebuk perasa.
4. Selepas itu masukkan udang dan juga peria.
5. Setelah masak boleh dimasukkan cili merah dan bawang besar yang dimayangkan.
6. Angkat dan hidang.


Pahit ??? ... itu ubat mujarab .... jangan duk ratah udang pulak ..... yang gout tu makan peria udah .... udang kasi kat orang sebelah .... hehehe....

Tuesday, June 4, 2013

Nasi Lemak Bonda Dayang

Bahan Nasi Lemak:
500 gram beras (basuh dan toskan)
3 ½ cawan santan
½ inci halia
1 sudu camca gula
Garam dan daun pandan

Cara-cara:-
1. Masukkan santan, halia, garam dan daun pandan ke dalam periuk dan panaskan.
2. Masukkan beras kedalam periuk yang telah dicampurkan dengan bahan-bahan dan biarkan nasi sampai kering dan kecilkan api.
3. Biarkan periuk tadi mengeluarkan wap beberapa kali – tandanya nasi masak.

Bahan untuk sambal:

125 gram ikan bilis (digoreng) / 1 kilo ikan tongkol (dikukus dan digoreng) / Sotong / Kerang
125 gram bawang merah
60 gram cili kering / cili api (10 biji) digiling
5 cm belacan
2 camca besar minyak
1 camca teh gula @ manisan (gula Melaka)
1 ½ camca air asam

Sedikit garam

Cara-caranya:-
1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang digiling sehingga naik pijar.
2. Masukkan ikan bilis atau ikan, air asam, garam dan gula, biarkan hingga agak pekat.
3. Angkat serta hidangkan dengan nasi lemak dan hidangan tambahan.

Hidangan tambahan:

Kacang goreng
Hirisan Timun
Telur ayam atau telur puyuh yang direbus
Kangkung yang dicelur

Kalau minta daun pandan jiran tu ...... pandai-pandailah untuk beri semangkuk ....... Lepas tu kalau jiran tanya siapa buat ni sedap sangat .... eh... anak dara yang sorang tu lah ..... bukan apa ... promo ....Resepi Nasi Lemak ni Kak Mas dapat masa-masa remaja dulu dari Bonda Dayang Ramlah kini beliau menetap di Teluk Intan, Perak.
google.com, pub-5229426821154127, DIRECT, f08c47fec0942fa0