Saturday, September 20, 2014

Ayam Kukus Halia

Inilah kisah arwah Tok Saudara Kak Mas yang dipanggil Pak Lah Roti. Setiap hari, beliau sentiasa membawa becanya yang dipenuhi roti mengelilingi sekitar kawasan bandar Kuala Terengganu. Pelanggannya terdiri dari pelbagai bangsa Melayu,  Cina dan juga India.  Ada juga pelancong datang ke Kuala Terengganu turut membeli roti yang dijajanya. Beliau menjaja dari pagi hingga ke petang. Walaupun begitu, dengan hasil titik peluhnya yang berkat itu beliau berjaya memiliki tanah dan rumah sendiri. Beliau juga berusaha saban hari untuk menjaga anak yatim. Memandangkan beliau tidak mempunyai anak sendiri.

Beliau juga memerlihara seorang anak saudara yang juga merupakan bapa saudara Kak Mas.  dibelanya dari kecil dan sekarang telah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak lelaki. Arwah Pak Lah semasa hayatnya tinggal bersamanya dan kini bapa saudara Kak Mas yang kini merupakan seorang mekanik dan tinggal di Kampung Kubang Kekura, Kuala Terengganu.

Pada jam 10 malam baru balik ke rumah. Isteri pak saudara Kak Mas telah menyediakan masakan ayam kukus untuk beliau. Ayam kukus ini adalah lauk yang paling digemari oleh Pak Lah dan dimakan bersama nasi putih. Sedaap.


Ayam Kukus Halia

Bahan-bahannya:

1 ekor ayam sederhana besar
½ inci kunyit hidup
½ inci halia (untuk yang suka halia – bubuh banyak parut halus-halus)
1 inci lengkuas
1 batang serai
2 sudu ketumbar biji
1 sudu kecil jintan manis
3 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
1 ulas bawang besar (merah)
1 kecil lada sulah
Garam secukup rasa dan kacau suka serbuk perasa

Cara-caranya:

  1.   Ayam dibelah empat dan cuci bersih. Semua bahan yang lain digiling hingga lumat kecuali lengkuas dititik.
2.2. Semua bahan yang digiling dilumurkan pada ayam tadi dan diperap selama 10 minit. Dikukus sehingga masak.

No comments:

Post a Comment

google.com, pub-5229426821154127, DIRECT, f08c47fec0942fa0