Friday, November 7, 2014

BUBUR ASYURA


Sempena menyambut bulan Muharam, baru-baru ini Pejabat Kak Mas telah menganjurkan Program Asyura Perdana di Kuala Terengganu.. Sempena program ini, seramai 300 kumpulan menyertai pertandingan ini. Dan tidak ketinggalan Unit Kak Mas juga menyertai sama membuat Bubur Asyura ini.  Program ini bermula jam 7.00 pagi hingga 2.30 petang. Bubur Asyura kumpulan Kak Mas tersangat laris semasa lembik lagi...masing-masing nak rasa dulu...itulah adat membuat bubur asyura ini..

Bahan:-

Untuk se kawah sura
5 kilo beras
10 timba air
4 1/2 kilo santan 
7 kilo ikan selayang (dikukus dan diambil isinya) 
3 kilo daging i
3 ekor ayam – (sederhana)
5 kilo ubi keledek – dipotong
5 kilo jagung manis
3 kilo kacang merah – direbus sampai empuk
7 kilo bawang kecil
½ kilo halia                                          dikisar
¼ kilo lengkuas          
10 ulas bawang putih
Rempah Sura (hamimah) – (Rempah Lembik – (RM25) dan serbuk – (RM20) dicampur)
1 peket Rempah Masak Cap Bunga Ros
15 biji kelapa (dijadikan kerisik)
25 keping manisan (sederhana)
1  1/2 kilo gula
Garam – secukup rasa

2 kilo bawang kecil                              dimayang
½ kilo halia     
½ cawan Alba
1 cawan lada hitam – dikisar halus

1 kilo santan dicampur dengan bahan yang dimayang bersama Alba, lada hitam dan
Ikan separuh daripada 7 kilo tadi


Caranya:-

1.      Beras dibersihkan dan ditoskan. Selepas panaskan air masukkan beras biar sampai empuk.
2.      Bila beras sudah bertukar menjadi nasi selepas itu dimasukkan rempah dan bahan kisar beserta dengan kerisik.
3.      Selepas itu masukkan manisan, gula dan garam secukup rasa.
4.      Masukkan ubi keledek, jagung dan kacang.
5.      Selepas itu masukkan ayam, daging dan ikan dan juga santan.
6.      Kemudian masukkan santan yang dicampur dengan bahan mayang, Alba, Lada Hitam dan ikan.
7.      Biarkan betul-betul masak dan kering sedikit – (masak selama 4 jam).
8.      Selepas itu baru dihidangkan.




SAMBAL IKAN

Bahan:-

7 kilo ikan selayang (dikukus dan diambil isi ikan)
3 kilo santan
1 ½ kilo bawang
1 ulas bawang putih                            dikisar
¼ kilo halia
2 sudu kecl Alba
Garam, gula secukup rasa

Bahan untuk dimayang

20 biji bawang kecil
1 ½ inci halia                                       dimayang



Caranya:-

1.      Masukkan santan, ikan dan bahan yang dikisar beserta dengan garam dan gula.
2.      Biarkan sampai sambal itu sedikit lembab, selepas itu masukkan bahan yang dimayang.
3.      Biarkan ianya kering dan diangkat.
4.      Boleh dihidangkan bersama Asyura.



Bahan untuk hiasan

30 biji telur – dibuat dadar dan dihiris mengikut kesukaan.
Agar-agar kosong – beraneka warna – dihiris


* jika sesiapa yang nak membuat bubur Asyura dan berminat untuk membeli rempah yang Kak Mas gunakan bolehlah menghubungi melalui fb  Kak Mas.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...