Friday, December 26, 2014

KUEY TEOW LADNA

Bahan:

1 Paket Kuey Teow
Sotong
Udang
4 helai daun limau purut
2 sudu besar tepung jagung bancuh bersama sedikit air sehingga sebati
4 ulas bawang putih. cincang halus.
1 batang carrot
sedikit baby corn
5 biji cili padi (pecah2kan.. kalau nak pedas lagi, tambahkan)
sedikit bunga kobis
sedikit sayur kailam
1 sudu besar taucu
1 sudu besar sos tiram
sedikit kicap
ayam dan daging. (rebus untuk dptkan airnya)
*AIR REBUSAN AYAM & DAGING


Bahan hiasan:
Cili hidup merah dan hijau,
Limau kasturi
Daun sup
Daun Bawang
Cara2 membuatnya:

1. Gaulkan kicap dengan kuey teow hingga sebati. Perapkan selama 10 minit.
2. Panaskan kuali/frying pan dan goreng tanpa minyak. Gunakan kuali/frying pan yang non- stick (tidak melekat).. kurangkan minyak masak supaya kuah nya tidak berminyak.
3. Angkat dan biarkan seketika.
4. Tumis bawang putih dan cili padi hingga naik bau. masukkan daun limau purut.
5. Masukkan ayam dan daging yang ditoskan tadi.
6. Masukkan sos tiram dan taucu.
7. Masukkan air rebusan ayam dan daging tadi
8. Bila dah mendidih, masukkan bunga kobis + jagung + tepung jagung.
9. Perahkan sedikit limau kasturi
10. Akhir sekali masukkan udang, sotong dan kailam. masukkan garam kalau tak cukup masin lagi.
11. Kacau sebati dan biarkan hingga mendidih. angkat. Jangan terlalu lama. nanti sotong dan udang kecut. curahkan kuah ke atas kuey teow tadi....
12. siap untuk dihidangkan. Cuba rasa…sangat sedap..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...