Sunday, December 28, 2014

SOTONG BUTTER

Bahan-bahan:

Seekor sotong besar, potong dan toskan. Perap dengan garam, kunyit dan serbuk kari sedikit.
2 biji kuning telur. Kacau dan masukkan sedikit garam dan lada sulah.
1/2 cawan susu segar
2 sudu besar mentega
1 tangkai daun kari
5 biji cili api dipotong.
Garam dan gula.


Cara:
Mula-mula sediakan telurnya. Panaskan minyak (lebih sikit). Masukkan telur yang sudah dikacau tadi perlahan-lahan. Pada masa yang sama sebelah tangan lagi mengacaunya secara bulatan menggunakan copstik. Masukkan hingga habis dan kacau tanpa henti hingga warnanya jadi sedikit kuning keperangan. Angkat, tapiskan dan simpan dalam bekas tertutup. Siap. Dalam minyak yang sama (kalau banyak, keluarkan sedikit) goreng sotong tadi. Lebih kurang 2-3 minit sahaja. Jika lama, sotong akan jadi liat. Angkat dan toskan. Panaskan mentega dalam kuali bersih dan masukkan sedikit minyak untuk elakkan mentega hangus. Dah cair masukkan daun kari dan cili padi. Kacau sebentar. Masukkan susu segar, kacau hingga berbuih-buih. Masukkan sotong dan kacau rata. Masukkan gula sedikit dan masukkan telur goreng tadi...kacau cepat-cepat dan tutup api. Siap untuk dihidang.

No comments:

Post a Comment

google.com, pub-5229426821154127, DIRECT, f08c47fec0942fa0