Friday, December 9, 2016

RESEPI KERABU NANGKA MUDA

RESEPI KERABU NANGKA MUDA

Hari ini Jumaat, Kak Mas ke Pasar Payang untuk beli lauk basah, lalu depan seorang makcik yang jual sayur, lantas dia menegur Kak Mas;
mek; tegurnya
nangka muda baru sampai, ambiklah buat celur makan dengan budu,
masak lemak cili api sedap ni,
Dah dua minggu berturut-turut Makcik tu mempelawa Kak Mas dengan nangka muda, tengok dia tersenyum., pandang matanya, terbuka hati Kak Mas dan terus terlintas nak buat kerabu nangka.
Kak Mas terus membeli 2 keping nangka muda, 1 cadang nak celur cicah budu dan 1 lagi nak buat kerabu nangka. Memang sedap. Lagipun sebentar tadi pulak dah beli ikan selayang besar dan segar.

Bahan-bahannya:

Semangkuk - Nangka muda
Satu cawan - Santan pekat
Satu cawan - Kelapa parut digoreng kering.
1 sudu - Gula 1/2 sudu teh - Garam
1 sudu teh - Lada hitam
Seekor Ikan selayang - Dipanggang dan diambil isinya.
4 biji - Limau kasturi
3 biji - Bawang merah
Beberapa ulas cili padi dimayang.
Cuka makan.

Cara-caranya

1. Rebus nangka muda sehingga ianya empuk dan toskan.
2. Tumbuk isi ikan selayang panggang, bawang merah dan lada hitam hingga lumat.
3. Tumbuk kelapa goreng agak-agak lumat.
4. Dalam mangkuk salad, masukkan nangka muda, bahan no.2, tambahkan gula, garam dan gaul hingga rata.
5. Setelah itu, masukkan santan. Gaul dengan sudip hingga rata.
6. Akhir sekali, perah 4 biji limau kasturi ke dalam campuran dan cili padi yang telah dipotong kecil itu. Kalau tak suka pedas tak perlu bubuh.
7. Bubuh satu sudu cuka makan. Cuka untuk elak daripada cepat ba'al (basi). Gaul dan rasa.
8. Sedia untuk dihidang, kalau ratah sure habis dan alamatnya tak sempat untuk dibuat lauk.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...