Monday, January 5, 2015

Mertabak Roti Cheese

Bahan-bahannya
12 keping roti Gardiner
1 biji bawang besar dipotong dadu
2 ulas bawang putih potong halus
1 paket daging hancur(Ramly burger)
1 biji cili merah potong halus
3 1/2 sudu besar rempah kurma
1 biji ubi kentang dipotong dadu
5 biji telur
2 cawan susu segar
1/2 paket cheese mozarella
sedikit minyak untuk menumis

Cara memasak inti
1- panaskan dalam 3 sudu besar minyak dan tumis bawang putih hingga naik bau dan masukkan pula rempah kurma yang dibancuh bersama sedikit air. Goreng hingga garing.
2- Masukkan daging hancur ke dalam kuali dan kacau hingga air agak kering. Masukkan pula bawang besar,cili merah dan kentang.Kacau biar sebati.
3. Masukkan kiub ayam dan kacau lagi. Masukkan pula lada putih. kacau dan biar sampai kentang empuk dan daging agak kering. Angkat dan sejukkan.

Cara menyediakan murtabak daging
1- Kocok susu,telur dan 1 sudu kecil garam hingga sebati
2- Celupkan 4 keping roti kedalam campuran susu dam atur dlm loyang 4 segi yang telah di sapu dengan butter.Tuang bahan inti diatas roti dan ratakan.
3- Ulang langkah no 2 dengan roti menjadi lapisan terakhir dan tuangkan semua baki campuran susu dan telur diatas roti.Taburkan cheese sebanyak yang disukai diatas lapisan roti yang terakhir.
4- Bakar lah dengan suhu kepanasan 220o c selama 40 minit dan lapisan cheese garing kekuningan.

Selamat mencuba

Sunday, December 28, 2014

SOTONG BUTTER

Bahan-bahan:

Seekor sotong besar, potong dan toskan. Perap dengan garam, kunyit dan serbuk kari sedikit.
2 biji kuning telur. Kacau dan masukkan sedikit garam dan lada sulah.
1/2 cawan susu segar
2 sudu besar mentega
1 tangkai daun kari
5 biji cili api dipotong.
Garam dan gula.


Cara:
Mula-mula sediakan telurnya. Panaskan minyak (lebih sikit). Masukkan telur yang sudah dikacau tadi perlahan-lahan. Pada masa yang sama sebelah tangan lagi mengacaunya secara bulatan menggunakan copstik. Masukkan hingga habis dan kacau tanpa henti hingga warnanya jadi sedikit kuning keperangan. Angkat, tapiskan dan simpan dalam bekas tertutup. Siap. Dalam minyak yang sama (kalau banyak, keluarkan sedikit) goreng sotong tadi. Lebih kurang 2-3 minit sahaja. Jika lama, sotong akan jadi liat. Angkat dan toskan. Panaskan mentega dalam kuali bersih dan masukkan sedikit minyak untuk elakkan mentega hangus. Dah cair masukkan daun kari dan cili padi. Kacau sebentar. Masukkan susu segar, kacau hingga berbuih-buih. Masukkan sotong dan kacau rata. Masukkan gula sedikit dan masukkan telur goreng tadi...kacau cepat-cepat dan tutup api. Siap untuk dihidang.

PUDING BUIH

Bahan-bahan ( lebih dari 5 org boleh makan )
1 paket agar2 strip (bertali ~ lebih kurang 35gm) ~ rendam dalam 1/2 jam dan toskan
1.75 liter air
9 sudu besar gula
1 helai daun pandan ~ disimpul
6 biji telur gred A ~ simpankan 1 kuning telur utk dimasukkan ke dalam kuah
1 tin fruit cocktail ~ optional
pewarna dan paste ikut citarasa ~ saya gunakan pewarna merah dan paste strawberi, tak nak letak paste pun tak mengapa tp letaklah esen vanila utk hilangkan bau hanyir telur

Cara Membuat
Masak agar2 bersama air, gula dan daun pandan hingga mendidih.
Bila dah mendidih masukkan pewarna dan paste mengikut citarasa anda. Kacau sampai sebati.
Bila agar2 dah suam2 panas, pukul telur hingga betul2 kembang dan gebu.           (6 putih dan 5 kuning sahaja ya). Pukul dulu putih telur hingga menjadi kembang (kalau kita terbalikkan mangkuk tu dia tak tumpah) baru dimasukkan kuning telur satu persatu sambil dipukul lg hingga betul2 kembang dan gebu.
Tuangkan adunan agar2 kedalam adunan telur dan kacau/pukul dgn mixer hingga sebati.
Masukkan kedalam acuan yg telah diletakkan fruit cocktail. Fruit cocktail ini boleh juga diletakkan begitu saja dalam mangkuk berisi puding ni ketika nak makan..
Biarkan sejuk barulah dimasukkan kedalam peti ais.
UTK KUAH
1 tin susu cair
2 tin air (guna tin susu cair)
7 sudu besar gula ~ ikut citarasa, kalau suka manis tambah sendiri ya..
2 sudu besar tepung kastard
1 biji kuning telur yg diambil dari 6 biji telur tadi
2 helai daun pandan ~ disimpulkan
1/2 sudu kecil garam

Masukkan kesemua bahan kedalam periuk dan masaklah hingga mendidih.
Kuah ini hendaklah sentiasa dikacau supaya tidak berketul. Bila dah mendidih, tutup api dan biarkan sejuk. Bila dah sejuk masukkan dalam peti ais.
Bila nak menghidang, letakkan puding ke dalam mangkuk dan curahkan kuah.
Sedap dimakan masa sejuk.

**Bagi yg mempunyai lebihan telur putih (spt membuat kek lapis yg tidak banyak menggunakan putih telur, boleh aje gunakan 9 putih telur utk satu adunan ni. Resipi asal puding buih tidak menggunakan kuning telur, cuma putih telur. Bagi saya puding buih lebih sedap kalau kita gunakan putih dan juga kuning telur, lebih lemak rasanya. Dengan tu tak lah membazir kuning telur tu..

Saturday, December 27, 2014

Puding Jagung Kastad

Bahan-bahan:
1 cawan tepung kastad
1 cawan jagung manis
3/4 cawan gula
3 cawan air
1 1/2 cawan susu cair
Cara-cara:
Campurkan tepung kastad, gula, jagung, susu dan air.
Lepas itu dikacau sehingga pekat dan berkilat di atas api yang sederhana hingga sebati.
Angkat dan sejukkan di dalam loyang atau acuan dan boleh lah dihias dengan buah ceri dll.
Hasilnya, memang sedap!!!

Friday, December 26, 2014

KUEY TEOW LADNA



Bahan-Bahannya:-

1 Paket Kuey Teow
Sotong
Udang
4 helai daun limau purut
2 sudu besar tepung jagung bancuh bersama sedikit air sehingga sebati
4 siung bawang putih. cincang halus.
1 batang karot
sedikit putik jagung
5 biji cili padi (pecah2kan.. kalau nak pedas lagi, tambahkan)
sedikit bunga kobis
sedikit sayur kailam
1 sudu besar taucu
1 sudu besar sos tiram
sedikit kicap
ayam dan daging. (rebus untuk dptkan airnya)
*AIR REBUSAN AYAM & DAGING


Bahan hiasan:
Cili hidup merah dan hijau,
Limau kasturi
Daun sup
Daun Bawang


Cara-Cara Membuatnya:-

1. Gaulkan kicap dengan kuey teow hingga sebati. Perapkan selama 10 minit.
2. Panaskan kuali dan goreng tanpa minyak. Gunakan kuali yang tidak melekat.. kurangkan minyak masak supaya kuahnya tidak berminyak.
3. Angkat dan biarkan seketika.
4. Tumis bawang putih dan cili padi hingga naik bau. masukkan daun limau purut.
5. Masukkan ayam dan daging yang ditoskan tadi.
6. Masukkan sos tiram dan taucu.
7. Masukkan air rebusan ayam dan daging tadi
8. Bila dah mendidih, masukkan bunga kobis + jagung + tepung jagung.
9. Perahkan sedikit limau kasturi
10. Akhir sekali masukkan udang, sotong dan kailam. masukkan garam kalau tak cukup masin lagi.
11. Kacau sebati dan biarkan hingga mendidih. angkat. Jangan terlalu lama. nanti sotong dan udang kecut. curahkan kuah ke atas kuey teow tadi....
12. siap untuk dihidangkan. Cuba rasa…sangat sedap..

Thursday, December 18, 2014

Chor Kuey Teow


Bahan:

500 gram kuey teow
100 gram udang (sederhana)
100 gram taugeh
2 sudu besar  kicap pekat
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar pes cili
2 siung bawang putih          - (diketuk)
2 biji telur
1 sudu teh lada sulah
1 sudu teh lada hitam
1 tangkai daun bawang /kucai (dipotong)
3 sudu besar minyak masak
Garam dan perisa – ikut selera

Cara:

1.       Panaskan kuali dan masukkan minyak. Bila minyak dah pijar masukkan bawang putih biarkan sehingga naik kuning.
2.       Selepas itu masukkan pes cili, kicap pekat, sos tiram, lada sulah, lada hitam dan masukkan telur dan kacau.
3.       Kemudian masukkan udang dan kuey teow berserta garam dan perisa mengikut selera gaul, kemudian masukkan daun bawang/kucai sampai rata.
4.       Angkat dan hidangkan. 
google.com, pub-5229426821154127, DIRECT, f08c47fec0942fa0