Asam gupal atau sagumpal bermaksud
sagu segumpal. Ianya diperbuat daripada sagu berintikan kacang hijau serta berkuah santan. Kuih ini dihidangkan pada
tengahhari dan petang.
Bahan-Bahan
Kacang hijau 1/2 kg
Manisan 1 bungkus (6 biji kecil)
Sagu 250 gm
Kelapa parut 2
biji (di ambil santan)
Nangka Madu 5 ulas (dimayang).
Halba 1 sudu teh
Halia 1/2 inci (dimayang).
Bawang merah (dimayang)
Caranya:-
1.
Kacang hijau direbus sampai empuk dan dimasukkan sedikit garam.
2. Setelah empuk masukkan manisan dan dikacau
hingga pekat yang boleh dibentuk sebagai inti.
3.
Sagu dijirus dengan air panas sehingga boleh dibentuk dan dimasukkan
inti.
4. Masukkan halba, halia, bawang merah, nangka
dan garam ke dalam santan dan dijerang di atas dapur. Kacau sehingga mendidih.
5. Masukkan gumpalan sagu berinti ke dalam
santan yang mendidih.
6. Apabila gumpalan sagu berinti timbul
bolehlah dipadamkan api dan dihidangkan.
No comments:
Post a Comment