Monday, December 8, 2014

PUDING KOKTEL KASTARD AISKRIM VANILLA

Hmm.... siapa yang tidak teruja bila tengok puding ini. Puding koktel kastard di mana salah satu bahan yang digunakan ialah aiskrim vanilla. Nyaman benar masuk ke tekak sejurus keluar daripada peti sejuk. Nyum..nyum..
Bahan-bahannya: 
1 paket agar-agar strip (30 gram) 
6 cawan air 
1 ¾ cawan gula 
4 sudu besar ais-krim vanilla 
1 tin buah-buahan koktel (500 gram) – asingkan airnya untuk disatukan dengan bahan-bahan kisar.



Bahan-bahan dikisar (menggunakan blender): 
1 tin susu sejat Carnation 
Air buah-buahan koktel 
3 sudu besar tepung kastard 
1 biji telur 
¼ sudu kecil vanilla 
- Satukan bahan-bahan di atas di dalam blender basah dan blend sehingga semua bahan sebati dan halus.
Cara-cara membuatnya: 
1. Basuh agar-agar strip dan rendam lebih kurang 5 minit. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama 6 cawan air dan masak sehingga agar-agar larut. 
2. Selepas agar-agar larut masukkan gula. Kacau dan masak sehingga gula larut. 
3. Kemudian masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi dan kacau sehingga adunan mendidih dan agak kental. Gunakan api yang sederhana dan kacau berterusan kerana ditakuti adunan akan hangit/rentung di dipermukaan periuk. 
4. Sejurus sebelum diangkat, campurkan ais-krim vanilla dan kacau lagi sehingga ais krim larut. Kemudian bolehlah ditutup api dan biarkan ia sejuk seketika (lebih kurang 5 minit). 
5. Sementara itu jika suka boleh susun dulu buah-buahan koktel di dalam acuan yang sesuai. 
6. Setelah itu tuangkan ½ adunan tadi perlahan-perlahan di dalam acuan. Kemudian tambahkan lagi buah-buahan koktel sehingga habis. Kemudian tuangkan baki adunan tadi sehingga habis. 
7. Sejukkan di dalam peti ais. Lebih elok jika disimpan semalamam. Sediakan.

No comments:

Post a Comment

google.com, pub-5229426821154127, DIRECT, f08c47fec0942fa0