Monday, November 9, 2009

KEROPOK LEKOR



Bila musim cuti sekolah, ramai pelancong yang datang ke Kuala Terengganu untuk melihat keindahan Taman Tamadun Islam yang terletak di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu. Untuk ke sana, laluan jalannya ke Muzium Negeri. Selesai melawat Muzium yang terbesar di Asia Tenggara tu bolehlah pergi melawat Taman Tamadun Islam. Sungguh indah. Sesiapa yang datang ke Terengganu kalau tak berkunjung ke TTI ni memang sepertinya tidak sampai ke Terengganu. Dan jangan lupa singgah ke Losong Haji Su untuk beli Keropok Losong.

Keropok adalah sejenis makanan berasaskan ikan yang paling popular di negeri Terengganu. Ianya diperbuat daripada isi ikan,sagu,tepung ubi dan garam,diadun dan dibentuk memanjang sebelum dimasak. Nama keropok lekor ini berasal dari bentuknya yang panjang lebih kurang ½ meter dan boleh dilikar menjadi satu likaran.
Walaubagaimanapun keropok lekor tradisional ini telah dipertingkatkan dan diubahsuai mengikut kehendak pengguna dan trend pasaran masakini. Keropok lekor sekarang lebih pendek saperti sosej yang mana lebih senang dimakan dan mesra pengguna. Keropok lekor juga boleh disimpan sejukbeku.Pengguna hanya perlu memanaskannya sebelum dimakan.

Bila dah balik dan kalau nak buat keropok, resepinya sebegini.....
Bahan:
Isi ikan selayang/ikan tamban 1.5 kg
Tepung sagu 1 kg
Garam halus 50 g
Gula 25 g
Air (berais) 500 - 625g
MSG (jika suka)

Kaedah:

1. Ikan disiang, perut dibuang dan dibersihkan. Ambil isinya.
2. Kisar isi ikan dengan alat pengisar.
3. Campurkan garam,gula, MSG.
4. Masukkan tepung sagu dan air berais, dan gaul sehingga sebati.
5. Bentuk adunan menjadi batang saperti sosej.
6. Rebus dalam air mendidih sehingga masak atau kukus atau terus goreng.
7. Hidang keropok lekor bersama sos cili/sos pencicah.

5 comments:

JEY AR said...

Terimakasih kerana berkongsi resepi yang sangat sedap ini..

Kamilah Che Mat said...

saya mintak izin ambik respi ni ek..ade kawan nak jual keropok ni... moga murah rezki atas perkongsian ini...

BUKU RESIPI HAMEMAH said...

Resepi yang saya paparkan kat sini semua untuk dikongsi. Nak buat bisnes pun boleh. Kalu nak tahu resepi lain pun kak mas akan bagi....

Miss Cinta said...

Assalamualaikum kak
nama saya sarah,boleh saya tahu nama penuh kak dan binti sekali kerana saya kena buat satu tugasan berkenaan buku resepi masakan...harap akak beri kerjasama

BUKU RESEPI HAMEMAH said...

Maklumat Kak Mas ada kat FB..... boleh pm kat FB ...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...