Untuk Penyediaan Satu Teko - 4 orang minum
Bahan-bahannya:
2 uncang teh
2 helai daun limau purut
4 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga
1 keping kecil kayu manis
Satu hirisan lemon
1 ketul gula batu
3 sudu gula pasir
Cara-cara Membuatnya:
1. Panaskan air hingga mendidih.
2. Bubuh dua uncang teh biarkan 3 minit
3. Masukkan daun limau purut di siat-siat, bunga cengkih, buah pelaga - diketuk, kayu manis, hirisan lemon, gula batu.
4. Tutup tudung teko, biarkan seketika dan tambah gula pasir 3 sudu ...ikut selera.
5. Siap untuk dihidangkan. Gunakan penapis.
No comments:
Post a Comment