Thursday, March 31, 2011

Sup Cendawan Bebola Ikan






Cendawan Busut

Pada petang Selasa baru-baru ini, ibu Kak Mas telah menelefon dan memberitahu suruh ambil cendawan yang ada banyak disimpan. Beliau suruh Kak Mas apabila balik kerja singgah kat rumahnya, di Kampung Paloh Sungai Kiat, Kuala Terengganu.

Petang tu, selepas balik dari pejabat, Kak Mas dan suami singgah di rumah ibu dan agak terkejut bila melihat cendawan yang begitu banyak disimpan untuk Kak Mas. Biar betul...

Cendawan ni memang kesukaan kami sekeluarga. Kebetulan sehari dua ni hujan sebelah malam dan seperti biasa kat kampung ni memang mudah tumbuh terutama di bawah pokok duku.

Mak sedara Kak Mas, Mak Cik Ngah telah pergi mencarinya cendawan tempat biasa dan katanya memang banyak cendawan yang tumbuh kat situ. Rezeki... dan cendawan yang dikutip telahpun dibahagi-bahagikan sesama jiran.

Kali ini Kak Mas ingin berkongsi resepi masak sup cendawan bersama bebola ikan.


Bahan-bahannya;

300 gram cendawan busut
4 ekor ikan selayang – (ditumbuk)- jadikan bebola
3 ulas bawang putih )
1 biji bawang besar ) dimayang
1 biji cili merah )
10 biji lada hitam - (ditumbuk/lumatkan)
1 bungkus Soo hoon – (RM1.00)
3 sudu besar minyak masak
4 gelas air
Perasa – mengikut selera

Caranya;

1. Panaskan minyak selepas itu masukkan bahan yang dimayang sehingga naik bau kemudian masukkan ikan yang dijadikan bebola, kacau berhati-hati supaya bebola ikan tidak hancur.

2. Masukkan lada hitam, perasa dan air.

3. Bila mendidih masukkan mee sohoon beserta dengan cendawan selama 10 minit.

Nikmatilah masakan sup cendawan ini, memang best... terlupa nak ambil gambar. Bila masak suami Kak Mas terus makan..tak sempat-sempat nak makan dengan nasi, katanya nak kurangkan makan nasi pulak....hee...hhee...

Singgang Asam Pedas Ikan Patin




Ikan Patin Masak Singgang Asam Pedas

Hari minggu yang lepas hujan lebat sekali, maklumlah dah mula masuk musim tengkujuh. Kakak sekeluarga pergi ke Pasar Manir untuk membeli ikan Patin. Dapat jugak rasa ikan fresh. Peniaga yang jual tu siap menyiang ikan tu sekali.


Suami kakak sangat menyukai masakan Ikan Patin Masak Singgang Asam Pedas.



Bila pulang ke rumah, kakak terus ke dapur dan menyediakan bahan-bahan untuk memasak ikan ini. Masakan ini sangat sesuai dimakan bersama-sama sayur kangkung goreng sambal belacan.



Cubalah masakan ikan..sedap tau.. cuba jangan tak cuba..cukup mudah dimasak.



Satu lagi bila beli ikan patin yang hidup dan segar, jangan dibuang insangnya... kepada yang gemar insangnya seperti ikan tenggiri. Boleh dimakan.




Ikan Patin Masak Singgang Asam Pedas

Bahan-

1 ekor Ikan Patin – (800 gram)
3 biji bawang besar }
3 biji bawang putih } 
2 inci kunyit basah } - dikisar
2 inci halia }
3 biji lada besar }
3 inci lengkuas }
2 -3 biji cili api }
1 sudu besar cili boh
4 keping asam gelugur
¼ sudu kecil belacan
4 cawan air
10 tangkai daun kesum 

Bahan perisa

Garam dan Msg – mengikut selera

Caranya:-

1. Bahan yang dikisar tadi dicampur dengan cili boh, asam gelugur, air, belacan dan daun kesum beserta dengan ikan patin ke dalam periuk.

2. Lepas itu masukkan bahan perasa. Biarkan masakan tadi mendidih hingga kering sedikit airnya selama ½ jam.

3. Bila masak, terus dihidang bersama sayur kangkung goreng sambal belacan.
google.com, pub-5229426821154127, DIRECT, f08c47fec0942fa0