Tuesday, September 23, 2014

Bubur Lambuk Terganu

Hari ini, Kak Mas nak bercerita sedikit memori masa zaman remaja... 

Kampung Kak Mas terletak 6 kilometer dari Bandar Kuala Terengganu. Maklumlah Kak Mas ini anak pertama, kenalah membantu emak menguruskan hal-hal rumah tangga. Selain menjaga adik-adik, Kak Mas juga mencuci kain-baju. Bila nak mencuci pakaian,  Kak Mas, sepupu dan juga Cik Ngah (mak saudara)  akan pergi bersama-sama ke sungai, disamping mencuci Cik Ngah akan menangguk udang. Udang yang diperolehi itu akan dicampurkan ke dalam Bubur Lambuk bagi menambahkan rasa sedap dan lazat.

Kalau mak Kak Mas nak buat Bubur Lambuk, Cik Ngah lah yang paling  sibuk sebab tugasnya mencari udang,  pucuk paku, pucuk manis, daun kesum dan lain-lain. Bila masak akan dibahagi-bahagikan kepada semua orang.

Bahan-Bahan:

1 mug beras putih
3 cawan air
1 cawan santan 
4 ekor ikan selayang (dipanggang terlebih dahulu – ambil isi ikan)
pucuk paku (pucuk paku paya)
sedikit daun kesum
sedikit daun kunyit (hiris halus)
pucuk manis
2 sudu besar kerisik kelapa
garam (secukup rasa)
*pucuk paku dan pucuk manis ambil daunnya

Bahan Kisar/Tumbuk: 

4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
lada hitam (secukup rasa)
1 inci halia

Bahan untuk dimayang:-

2 ulas bawang
¼ inci halia
  
Cara:

1.  Rebus beras sehingga menjadi bubur (pekat). 
2. Masukkan bahan kisar/tumbuk dan kerisik serta garam, sedikit gula kemudian kacau rata       
3. Masukkan pucuk paku, daun kesum, daun kunyit dan pucuk manis.
4. Masukkan santan yang dicampur dengan bahan yang dimayang bersama dengan isi ikan, udang  dan biarkan mereneh sehingga sayur-sayuran empuk dan cukup kepekatan bubur.

  Cubalah resepi keluarga Kak Mas.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...