Bahan-bahannya:-
3 biji telur ayam segar
1 sudu gula perang
1 gelas susu segar
1 cawan tepung naik sendiri
1 sudu serbuk koko
2 sudu mentega cair
Madu - untuk cicah
Cara-cara Membuatnya:-
1.
Pukul telur dan gula sehingga kembang.
2.
Masukkan susu dan tepung berselang-seli.
3.
Masukkan mentega cair dan gaulkan hingga sebati.
4.
Panaskan kuali leper dan leset mentega.
5. Tuang sebahagian adunan tadi ke atas kuali.
Balikkan apabila sebelahnya separa masak. Angkat setelah masak, ulangi proses hingga
habis.
6.
Hidangkan bersama madu. Siap untuk dihidang.
No comments:
Post a Comment