Sunday, July 5, 2009

Ketam Berlada Che Su

Hari permulaan kerja, aku begitu malas untuk bangun dari tidur, maklumlah dua hari tidak bekerja aku rasakan tidak cukup hari untuk aku menguruskan rumahtangga.

Tetapi bila sampai saja ke pejabat, perasaan pagi tadi sudah tidak ada lagi yang ada hanyalah surat-surat yang perlu aku siapkan hinggalah ke petang. Bila dah habis waktu bekerja, aku cepat-cepat menelefon suami ku agar dapat pulang dengan cepat. Waktu petang begini teringat kepada anak-anak, bimbang juga seharian kat sekolah tu… dalam perjalanan pulang aku menelefon anak akak supaya dia mengeluarkan stok lauk dari dalam peti.

Sampai je di rumah, akak solat asar sekejap. Lepas solat terus masuk dapur untuk menyiapkan lauk untuk makan malam. Kebetulan lauk hari ini adalah ketam yang dibeli oleh suami ku di Pasar Chabang Tiga. Hari akak masak lauk ketam berlada.

Bahan-bahannya:-

1 ½ kilo ketam - saiznya sederhana besar
5 biji bawang besar )
3 biji bawang putih ) dikisar
½ inci halia )
4 biji cili padi )
3 sudu besar cili boh
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar soso tomato
3 sudu besar air asam jawa
Garam dan perasa – mengikut selesa

6 sudu besar minyak masak

Caranya :-

Panaskan kuali dan masukkan minyak masak. Bila minyak sudah pijar masukkan bahan yang dikisar bersama dengan cili boh biarkan sehingga naik bau kemudian masukkan air asam jawa selepas itu masuk sos cili dan juga sos tomato sehingga bahan tadi mengeluarkan aromanya, masukkan ketam dan sedikit air bersama-sama dengan garam dan perasa, gaul-gaulkan. Lepas itu tutup kuali untuk 10 minit agar ketam tadi masak. Bila masak boleh dihidangkan.

Cuba-cubalah……masakan akak ni. Untuk pengetahuan semua, suami akak kalau dah makan masakan ketam ni, dah tak terkata, kalau ada tamu pun tak bergeraklah dia.. selagi dia tak habis makan.. oklah cubalah ..cubalah jangan tak cuba…



1 comment:

google.com, pub-5229426821154127, DIRECT, f08c47fec0942fa0