Sunday, May 29, 2016

Nasi Lemak Pak Da

Bahan-bahannya;

1/2 kg beras (kosek, basuh dan toskan)
3 1/2 cawan santan
1 sudu kecil margerin, 
garam dan daun pandan.

Cara Membuatnya:

Masukkan beras, santan, margerin, garam dan daun pandan ke dalam satu periuk dan masak hingga agak kering.

Bahan-Bahan Untuk Sambal

125 gm ikan bilis (goreng)

150 gram bawang merah
60 gram lada kering
5 cm belacan
(Bawang merah, lada kering dan belacan - bahan-bahan ini kena blender)

1 biji bawang besar / hiris membulat 
3 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil gula
1/2 cawan air asam jawa
1 sudu kicap manis
sedikit garam

Daun pisang.

Cara Membuatnya:
1.   Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang digiling hingga naik bau.
2.   Masukkan ikan bilis, air asam jawa, kicap, garam dan gula, tambah secawan air untuk melunakkan bawang, masak dan biarkan hingga agak pekat. 
3.   Angkat dan hidangkan bersama nasi lemak yang diletak di atas daun pisang, serta hirisan timun, kacang goreng, telur rebus yang dipotong atau buat telur goreng mata. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...