Sunday, January 6, 2019

TELUR SEPARUH MASAK SEMPURNA

TELUR ARONG ATAU TELUR SEPARUH MASAK SEMPURNA

Untuk membuat 2 biji telur separuh masak yang sempurna anda hanya perlu merendam telur tersebut di dalam air panas yang telah mendidih selama 7 minit sahaja.

1.     Bersihkan 2 biji telur dengan air biasa.
2.     Sediakan teko stainless steel atau mangkuk atau bekas yang muat untuk merendam dua biji telur dan dapat ditutup dengan penutupnya atau piring.
3.     Masukkan 2 biji telur yang telah dibersihkan ke dalam bekas tersebut.
4.     Dengan menggunakan bekas memasak air elektrik, jerang air hingga mendidih.
5.     Tengok jam anda. Tuang air panas itu ke dalam bekas yang ada dan tutup atau tudung bekas itu dengan penutupnya atau piring.
6.     Tunggu 7 minit dan angkat telur apabila tiba masanya.
7.     Nah.... hidangkan 2 biji telur itu bersama .... kicap cair, serbuk lada sulah, serbuk lada hitam, garam halus, atau lada hitam berperisa Aji Shio, madu ....
8.     Silakan menikmati dengan perasa pilihan anda.    

Minum bersama secawan Qahva Haroma .... panas !!!

No comments:

Post a Comment

google.com, pub-5229426821154127, DIRECT, f08c47fec0942fa0