1. Jika
lauk terlalu masin, ambilkan pelepah pisang sepanjang 2 inci dan celupkan ke
dalam lauk sehingga lauk tersebut mendidih dan barulah diangkat.
2. Untuk daging masin atau makanan hasil laut
seperti ikan masin, sotong, bilis, udang kering, pari, kupang dan sebagainya.
Caranya :
Setelah disiang, rendamkan ke
dalam air basuhan beras dan disimpan ke dalam peti sejuk sehari sebelum
menggorengnya. Untuk kegunaan segera boleh gunakan air panas untuk mencelur
tetapi cara ini menghilangkan keenakannya.
3. Masakan terlalu masin : Rebus 3 biji
kentang dalam air bersih tanpa dibubuh sebutir garam pun, masak sehingga
benar-benar empuk. Pastikan ubi kentang itu jauh lebih sejuk berbanding
masakan. Ambil ubi kentang yang telah empuk itu rendam dalam lauk untuk
setengah jam.
No comments:
Post a Comment