Friday, July 10, 2020

RESEPI PUDING TRIFFLE

RESEPI PUDING TRIFFLE





Bahan-bahannya:

a.     Penyediaan Lapisan Kastard
1 Cawan tepung kastard
1 tin susu sejat Ideal
1 tin air
2/3 cawan gula

b.     Penyediaan Jelly
1kotak agar-agar jelly       – perisa strawberry
2 cawan air

c.      Untuk Penyediaan Dasar Dalam Loyang
1 tin buah-buahan campuran    -           Asingkan air dan buah-buahan campuran.
1 roll kek gulung                             -           perisa vanilla

Cara-cara Membuatnya:


1.      Kek hendaklah dipotong setebal 1 inci. Kemudian aturkan kek yang dipotong tadi rapat-rapat di dalam loyang.
2.      Kek yang diatur tadi disiram dengan air buah-buahan sehingga lembab.
3.      Taburkan ½ buah-buahan ke atas kek dan (½ lagi akan ditaburkan selepas diletakkan kastad.)
4.      Susu cair, air, air buah-buahan, gula dan tepung kastard digaulkan sehingga sebati selepas itu dimasak dengan api yang perlahan. Sentiasa kacau jangan biarkan berketul.
5.      Bila kastad itu dah masak siramkan ke atas kek tadi dan taburkan buah-buahan campuran.
6.      Masakkan agar-agar jelly bersama air sehingga masak. Selepas itu siramkan ke atas lapisan kastard tadi. Masukkan ke dalam peti untuk disejukkan.
7.      Selepas itu siap dihidangkan

No comments:

Post a Comment

google.com, pub-5229426821154127, DIRECT, f08c47fec0942fa0