Hari ini aku membuat satu sejarah lagi, bila pulang dari kerja suamiku singgah membeli lauk untuk masakan makan malam. Apabila sampai gerai ayam yang terletak di sebelah Desa Murni, Pengadang Baru saya terus memesan ayam sekilo lebih dengan harga RM8.00 lalu ku buka beg tangan untuk mengambil duit, sungguh aku terkejut tas kecil aku tertinggal di pejabat, alangkah malunya rasa. Nasibku baik kerana suami ada, kami terpaksa pusing semula ke pejabat untuk tas kecil ku.
Dalam perjalanan pulang aku bertanya pada suamiku, apakah yang perlu kita masak untuk makan malam ini. Suami ku suruh masak lauk ayam tumis lada dan goreng sayur kangkung. Sampai je di rumah, aku terus menuju ke dapur untuk menyediakan bahan untuk memasak.
KALAU NAK TRY AYAM MASAK TUMIS NI BOLEH DATANG KE WARUNG KAKMAS, BELAKANG BANGUNAN WISMA KOKITAB KUALA NERUS, TERENGGANU.
Bahannya :-
1 ulas bawang putih
2 ulas bawang besar
4 biji cili api
- Bahan ini dikisar halus
8 ketul ayam yang telah digoreng terlebih dahulu
2 sudu cili boh
2 sudu cili sos
2 sudu tomato sos
2 sudu air asam jawa
½ sudu kecil garam
Sedikit perisa
2 ½ sudu besar minyak
2 sudu besar kacang pes
Cara :-
Panaskan kuali dan masukkan minyak. Bila minyak sudah pijar masukkan bahan yang dikisar tadi bersama dengan cili boh. Bila bahan tadi sudah naik bau, masukkan air asam jawa, garam dan sedikit perisa kemudian masukkan pula cili sos dan tomato sos. Selepas itu, masukkan ayam ke dalam kuali tadi biarkan sebati dengan rempah yang digoreng tadi. Biarkan selama lebihkurang10 minit, masukkan kacang pes biarkan sebati dan terus dihidang.
Rasailah kenikmatan lauk ayam tumis ini bersama sayur kangkung goreng. Kiranya cukuplah 4 orang makan. Selamat menjamu dengan resepi dari masakan saya ni.
jangan lupa sedia jus oren atau mangga untuk diminum selepas makan nasi dengan masakan ayam tumis ni. best tau....