Resepi Sambal Ikan Bilis
Bahan-bahan;
6 biji bawang merah - dikisar
1 biji bawang besar - mayang/hiris
Segenggam ikan bilis - ambil secubit tumbuk (pemanis rasa)
2 cm belacan
2 senduk besar Laderbo (Cili Giling)
2 sudu asam jawa dibancuh dengan secawan air
Garam dan Gula secukup rasa.
Cara Membuatnya
1. Panaskan minyak di kuali.
2. Tumis bawang merah hingga naik bau wanginya.
3. Masukkan belacan dan ikan bilis.
4. Goreng hingga kekuningan.
5. Masukkan cili giling, tumis hingga pecah minyak.
6. Masukkan bawang besar.
7. Masukkan air asam jawa dan teruskan sambil kacau perlahan-lahan hingga pekat.
8. Bubuh garam dan gula secukup rasa.
9. Akhir sekali bubuh sesudu cuka makan dan kacau. (Cuka makan akan bantu mengawet sambal ini untuk bertahan).
Formula yang diberi ini cukup untuk makan sehidangan tapi kalau nak buat bisnes, semua bahan perlu ditimbang. Yang paling penting gunakan penimbang dan catat, guna minyak dari jenama yang sama, belacan, asam jawa pengeluar yang sama, ikan bilis pun. Pelanggan amat mengutamakan rasa yang sama, bila dan sedap tu jangan ubah resepi yang anda hasilkan.
Dalam pembuatan makanan pengekalan rasa bergantung kepada sukatan. Sebab itulah Kak Mas minta guna penimbang. Gunakan ikan bilis yang dijual oleh penjual yang sama sebaiknya. Jangan sesekali ubah pembekal. Lain pembekal belacan lain pula rasa belacan. Jangan terlupa bubuh cuka makan kalau tidak ia akan cepat naik kulat apalagi kalau tak disimpan dalam peti sejuk selepas botol dibuka.
Dah buat, apa lagi ... bila dah sedap hasilnya ... ambil tempahan dan botolkan. Tampal stiker yang cantik. Seperti produk kilang. Kak Mas doakan anda semua akan berjaya. Kirimlah ke Kak Mas sebotol ... nak rasa ni.