Bahannya:
600 gram udang kasar
1 senduk sos tomato
10 biji cili merah
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
(cili merah, bawang merah dan bawang putih dilumatkan)
1 biji bawang besar
1 biji cili merah
(bawang besar dan cili merah – dimayang).
½ cawan minyak masak
Garam, gula serta serbuk perasa secukupnya.
Caranya:-
1. Udang dibersihkan tapi jangan dibuang kubit.
2. Panaskan minyak dalam kuali.
3. Tumiskan bahan yang dikisar itu; sehingga naik pijar.
4. Masukkan tomato, garam, gula dan serbuk perasa.
5. Selepas itu masukkan udang, bila sudah masak masukkan bawang dan cili yang dimayang.
6. Angkat dan hidangkan.