Friday, September 19, 2014

EMAS SEJEMPUT

Peristiwa yang tak dapat dilupakan Kak Mas iaitu semasa perkahwinan bapak saudara. Arwah nenek Kak Mas yang merupakan orang yang paling sibuk, maklumlah anaknya akan menjadi raja sehari. Kuih-muih yang empat mangkuk ini semuanya dibuat sendiri. Kak Mas lah yang menolongnya. Bila semua juadahnya telah terhidang di meja pengantin, arwah nenek lah yang paling gembira.

Mas sejemput mempunyai bentuk tiga segi dan berwarna keemasan bagaikan seketul emas. Ianya  sejenis kuih  yang sungguh istimewa di Terenganu. Kuih ini dihidangkan kepada pengantin lelaki dan perempuan dimajlis perkahwinan, bersama dengan tiga jenis kuih lain iaitu jala mas, hati kesuma dan tahi itik. Keempat kuih ini dikenali sebagai tepung empat mangkok. Uniknya kuih ini kerana diperbuat hanya menggunakan kuning telur sahaja, manakala putih telurnya dijadikan kuih tahi itik.


Bahan – bahan

20 biji telur ayam  (ambil kuning sahaja)
         2  kg gula
         4  gelas air

   Caranya:-

1. Panaskan gula bersama air dalam periuk tembaga selama 20 minit.
  1. Kuning telur dipukul selama 5 minit .
  2. Ambil satu sudu kuning telur dan titikkan kedalam air gula (padamkan api).
  3. Letakkan kembali periuk keatas api selama lebih kurang 5 minit , kemudian angkat.
  4. Jemput (tekan) dengan tiga batang jari semas a masih panas supaya menjadi bentuk tiga segi.

Jika anda nak menempahnya Mas Jemput atau Jala Emas boleh hubungi Kak Minah yang tinggal berhampiran Surau di Kg. Paloh Sg. Kiat.



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...