Sunday, January 16, 2000

PULUT SEKAYA

Bahan-Bahannya:- 

Untuk lapisan bawah:
100 g beras pulut – dikosek dan ditoskan
 3 ½ cawan santan

Cara membuatnya: 

  1. Masak pulut terlebih dahulu. 
  2. Gaulkan pulut dengan santan hingga rata. 
  3. Masukkan pulut bersantan itu ke dalam loyang. 
  4. Kukus hingga pulut masak, kemudian perata padatkan beras pulut dengan sehelai daun pisang. Ketepikan sekejap. 


Untuk lapisan atas:


5 biji telur ayam segar
25 g tepung jagung
200 g gula pasir
2 cawan santan
½ sudu kecil garam

Cara-Cara Membuatnya:- 

  1. Masukkan pula telur, gula, garam, santan dan pukul sehingga rata. 
  2. Sambil memukul campuran telur itu, masukkan tepung jagung yang telah diayak sedikit demi sedikit sehingga rata semuanya. 
  3. Selepas itu tuang ke atas pulut di dalam loyang dan kukus sekali lagi. 
  4. Kukus sehingga masak. Biarkan sejuk. 
  5. Siap untuk dipotong dan dihidangkan.

No comments:

Post a Comment

google.com, pub-5229426821154127, DIRECT, f08c47fec0942fa0