Bahan-bahannya:-
1 ekor ikan aya hitam (lebihkurang 1.5 kg)
1 inci kunyit segar
1 inci lengkuas
5 ulas bawang merah
3 siong bawang putih
2 keping asam gelugur
3 biji lada merah
Garam dan serbuk perasa
Cara-cara
Membuatnya:-
1.
Ikan aya disiang dan selepas dibersihkan potong ikut
suka anda.
2.
Mayang kunyit, lengkuas, bawang merah dan bawang
putih. Lada merah dibelah separuh tidak putus.
3.
Masukkan separuh air dalam periuk, rebus semua
bahan yang telah dimayang, asam keping dan sedikit garam.
4.
Setelah mendidih masukkan ikan aya ke dalam
periuk dan tambah lagi air hingga semua ikan ditenggelami. Masak hingga
mendidih.
5.
Selepas itu uji rasa, tambah garam dan serbuk
perasa. Siap dan boleh dihidangkan.
No comments:
Post a Comment