Wednesday, April 26, 2000

KUIH KERIA


 Bahan-bahannya:-

4 biji keledek direbus dan dilecek
1 cawan santan pekat
6 camca tepung ubi kayu
Sedikit garam
Minyak untuk mengoreng

Cara Membuatnya:-


1.       Keledek direbus hingga empuk, dibuang kulit dan dilecekkan sepenuhnya.
2.       Tambahkan tepung ubi, santan dan garam, uli sehingga sebati dan lembut.
3.       Gentelkan bulat memanjang dan disambung membulat menjadi berlubang pada bahagian tengahnya.
4.       Goreng sehingga kuih masak kekuningan. Toskan.

Menyira:-

1.       Masak 1 cawan gula dengan air ½ cawan air, biarkan memekat.
2.       Masukkan kuih yang telah digoreng tadi dan bolak-balikkan sehingga semuanya dibaluti sirap gula.

No comments:

Post a Comment

google.com, pub-5229426821154127, DIRECT, f08c47fec0942fa0