Bahan-bahannya:-
1 bungkus agar-agar rafia - rendam
sehingga kembang
5 cawan air
1 cawan gula melaka
½ cawan gula pasir
3 cawan santan
2 biji telur ayam segar
1 helai daun pandan
Cara-cara Membuatnya:-
1.
Masukkan agar-agar, air dan daun pandan di dalam
periuk. Masak dengan api sederhana sehingga agar-agar hancur dan mendidih.
2.
Masukkan gula melaka dan gula pasir. Kacau dan
biarkan mendidih.
3.
Tapis bahan-bahan tadi ke dalam periuk lain.
Biarkan mendidih.
4.
Sementara itu gaul telur dan santan sehingga
sebati.
5.
Tapis adunan telur dan santan ke dalam adunan
agar-agar. Kacau dan biarkan mendidih seketika.
6.
Tutup api dan tuangkan adunan ke dalam loyang
atau acuan.
7.
Sejukkan dan potong. Siap untuk dihidang.
No comments:
Post a Comment