Sunday, July 16, 2000

TALAM KACANG HIJAU


Bahan-bahan untuk lapisan bawah:

1 cawan kacang hijau - direbus dan mesin separa halus
2 cawan tepung beras
½ cawan tepung ubi/kanji/jagung
1 cawan gula
3 cawan santan cair
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil pewarna hijau

Cara-cara untuk membuat lapisan bawah:

1.                   Panaskan kukusan dan leset minyak pada loyang.
2.                   Masukkan semua bahan kecuali kacang hijau dan kacau rata. Tapis.
3.                   Masukkan kacang hijau dan kacau rata.
4.                   Masukkan adunan kedalam loyang dan kukus sehingga masak dalam ½ jam.

Bahan-bahan untuk lapisan atas:-
 
1 ½ cawan tepung beras
4 ½ cawan santan pekat
1 sudu kecil garam

Cara-cara Membuatnya:-

1.   Gaul kesemua bahan dan tapis. Masak sebentar di atas api kecil. Kacau sentiasa supaya adunan ini tidak berketul-ketul.
2.   Bila adunan lapisan bawah telah masak, cakarkan sikit dan tuangkan adunan santan atas permukaan kacang hijau tadi. Kukus semula selama 25 minit.
3.       Sejukkan dan potong. Siap untuk dihidang.

No comments:

Post a Comment

google.com, pub-5229426821154127, DIRECT, f08c47fec0942fa0