Wednesday, August 16, 2000

KUIH LOMPANG

Bahan-Bahannya:-

100 g Tepung beras
210 g Gula
500 g Air
60 g Tepung Sagu
4 helai Daun pandan - ambil jusnya
½ sudu kecil Air kapur
40 g Kelapa parut putih

Cara-Cara Membuatnya:-



  1. Campurkan 250 g air dengan gula.
  2. Didihkan sehingga semua gula larut.
  3. Biarkan sejuk ke suhu bilik. Campurkan tepung beras, tepung sagu dengan 250 g air baki tadi. Campurkan jus pandan dan sirap gula dengan adunan tadi sehingga rata.
  4. Tuangkan adunan ke dalam cawan yang telah dipanaskan dan kacau dengan sudu sehingga rata.
  5. Stimkan selama 25 minit. Hidangkan dengan kelapa parut putih.


No comments:

Post a Comment

google.com, pub-5229426821154127, DIRECT, f08c47fec0942fa0