Bahan-bahan untuk lapis bawah:-
1
cawan jagung manis berkrim
1
cawan tepung beras
2 sudu
tepung kastad
2
cawan santan
½
cawan gula
Cara-cara membuat lapisan bawah:-
1.
Gaulkan semua bahan
lapisan bawah dan kacau sebati.
2.
Masukkan dalam loyang
yang telah dileset minyak.
3.
Kukus selama ½ jam.
Bahan-bahan untuk lapisan atas:
1
cawan tepung beras
2
cawan santan pekat
1 sudu
kecil garam
Cara-cara membuatnya:-
1.
Campurkan semua bahan
lapisan atas dan tapiskan dalam periuk.
2.
Kacau sebentar di atas
api kecil.
3.
Bila adunan lapisan
bawah sudah masak, cakar-cakarkan sedikit dan tuangkan perlahan-perlahan adunan
lapisan atas.
4.
Kukus selama 20 minit.
5.
Sejukkan dan potong. Siap
untuk dihidang.
No comments:
Post a Comment