Sekiranya anda ingin menambah
pendapatan dengan menggunakan masa yang terluang, anda boleh memulakan produk
ini secara kecil-kecilan dan mula berkembang mengikut tempahan yang anda
terima.
Untuk membuat kerisik, anda
memerlukan bahan mentah iaitu kelapa parut. Peralatan untuk memasaknya, dapur
dan kuali serta mesin pengisar. Untuk permulaan ini, gunakanlah lesung batu.
Kata orang sambil-sambil tengok televisyen, tangan buat duit. Jom.
Cara-cara Untuk Membuatnya:-
Untuk 1 kilogram kelapa,
sebaik-baiknya buat 5 kali… lebihkurang 200 gram untuk satu kali.
Gorengkan
kelapa yang telah diparut halus tanpa menggunakan setitik minyak dengan api
yang perlahan hingga menjadi kuning tua keperangan, masa diambil sekitar 10
minit sahaja.
Kemudian tumbuk dengan lesung batu yang telah dicuci dan lap
kering. Jangan tunggu kelapa goreng itu sejuk, nanti bila dah keluar minyak
susah nak dilumatkan. Tumbuk kelapa goreng itu hingga hancur hingga halus serta
hasilnya mengeluarkan minyak.
Siap. Tinggal lagi untuk packing
dalam bekas plastik atau botol. Tampal sticker, wah menariknya.
No comments:
Post a Comment