Friday, April 27, 2001

KOBIS MASAK LEMAK


Bahan-Bahan:

450 gram kobis panjang - dihiris
1 batang karot, dikerat dan dibelah-belah memanjang
1 ketul tauhu, potong kiub
1 ekor ikan selayang, direbus dan diambil isinya sahaja
3 biji cili merah, dibelah tidak putus
3 biji bawang merah - dilumatkan
1 siong bawang putih - dilumatkan
2 cawan santan pekat
1 cawan air
Sedikit belacan
garam dan gula secukup rasa

Cara Penyediaannya:


  1. Panaskan secawan air, masukkan kobis panjang dan karot.
  2. Sebaik mula mendidih, masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah dilumatkan, tauhu, isi ikan selayang, belacan dan lada merah, panaskan dengan api perlahan hingga mendidih.
  3. Masukkan santan pekat dan kacau sentiasa agar santan tidak berketul.
  4. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.

No comments:

Post a Comment

google.com, pub-5229426821154127, DIRECT, f08c47fec0942fa0