Thursday, August 16, 2001

KUIH TALAM BERLAUK

Bahan-Bahannya:- 

100 g tepung beras
100 g santan pekat
250 g air Garam - secukup rasa
 50 g udang kering - dilumatkan halus
3 helai daun sup - dimayang halus
Bawang goreng - mengikut rasa
Cili sos - mengikut rasa

Cara-Cara Membuatnya:- 



  1. Tepung beras dibancuh dengan air, masukkan santan, sedikit garam dan dimasak setengah masak. Masukkan dalam loyang dan kukus sehingga masak. 
  2. Kemudian angkat loyang dan taburkan udang kering, bawang goreng dan daun sup di atasnya. Tuangkan sos cili mengikut rasa. 
  3. Siap untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment

google.com, pub-5229426821154127, DIRECT, f08c47fec0942fa0