Sunday, September 16, 2001

SERIMUKA DURIAN

Bahan Untuk Lapisan Bawah 
 2 cawan pulut
 2 ½ cawan santan cair + sikit garam

Cara-Cara Membuatnya:- 

  1. Masukkan semua bahan dalam loyang dan kukuskan sehingga masak. 
  2. Lesetkan sikit minyak pada loyang lain, masukkan pulut yang telah masak itu dan tekankan pulut masak itu.
  3. Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas. 




Bahan untuk Lapisan Atas
4 cawan santan pekat
1 cawan gula perang
1 cawan durian
½ cawan tepung gandum
½ cawan tepung jagung atau tepung kastad 1 sudu gula pasir
1 sudu kecil garam

Cara-Cara Membuatnya:- 

  1. Masukkan santan, gula dan durian ke dalam pengisar elektrik. 
  2. Kisar sehingga larut sebati. 
  3. Masukkan bahan yang telah dikisar ke dalam mangkuk adunan. 
  4. Ayakkan tepung gandum dan tepung jagung atau tepung kastad ke dalam mangkuk adunan yang telah diletakkan santan. Masukkan gula dan garam. Kacau rata. 
  5. Panaskan bahan lapisan bawah dalam kuali leper sebentar. 
  6. Tuangkan adunan ke atas pulut dan kukus lagi selama 30 minit dengan api sederhana. 
  7. Bila telah masak, sejukkan sekurang-kurangnya selama 4 jam sebelum dipotong. 
  8. Siap untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment

google.com, pub-5229426821154127, DIRECT, f08c47fec0942fa0