Bahan-bahannya:-
2½ cawan tepung pulut
1 cawan jus pandan - air
perahan daun pandan yang dilumatkan
½ sudu garam
½ biji kelapa muda parut putih
2 cawan air
1 keping gula melaka - dihancurkan
½ cawan gula pasir
1 helai daun pandan
½ sudu kecil pewarna merah,
hijau dan kuning
(Kombinasi warna seeloknya yang
anak-anak suka)
Cara-Cara Membuatnya:-
- Bancuh tepung pulut bersama garam dan jus pandan. Jadikan doh. Bahagikan kepada tiga bahagian untuk diwarnakan berbeza.
- Masak air di dalam periuk hingga mendidih.
- Sementara itu gentel adunan tadi bulat-bulat sebesar guli.
- Masukkan doh yang telah digentel satu persatu ke dalam periuk. Angkat doh yang masak apabila timbul di permukaan air, ceduk dan masukkan ke dalam bekas berisi air sejuk. Toskan setelah sejuk.
- Di dalam periuk lain pula, masukkan 2 cawan air. Masukkan gula melaka, gula pasir dan daun pandan yang disimpul. Kacau dan masak hingga gula hancur.
- Tapis adunan air gula tadi. Panaskan semula hingga mendidih dan masukkan kelapa parut dan kacau selalu.
- Masukkan adunan doh yang telah ditoskan. Kacau hingga rata.
- Angkat dan masukkan ke dalam bekas. Siap untuk dihidang.
No comments:
Post a Comment