Bahan-bahannya:-
1 kilogram beras biasa
300 gram beras pulut
2 ½ cawan santan cair
2 cawan santan pekat
½ inci halia – dihiris halus
10 ulas bawang merah – dihiris mayang
1 sudu kecil halba
Sedikit garam dan gula
Cara-cara
Membuatnya:-
1.
Beras dan pulut dibersihkan dan direndam
sekurang-kurangnya 6 jam. Selepas itu ditos dan dikukus hingga masak.
2.
Masak santan, gula dan garam hingga mendidih.
Masukkan nasi dan bawang merah. Kacau rata.
3.
Kukus sekali lagi dalam kukusan hingga lembut.
Angkat bubuh dalam besen dan dalam keadaan nasi yang panas itu gaulkan dengan santan pekat bersama halia dan
halba.
4.
Sediakan mangkuk besar, lapis daun pisang, tuang
nasi dagang dari besen ke dalam mangkuk dan tutup mengukus dalam mangkuk itu dengan
daun pisang.
5.
Siap untuk dihidang bersama Gulai Ikan Aya Nasi
Dagang dan Acar Timun.
No comments:
Post a Comment