Bahan-bahan untuk membuat inti:
3 sudu minyak masak
1 batang kulit kayu manis
½ sudu kecil makan jintan
manis
½ inci halia - dilumatkan
1 biji bawang besar – dilumatkan
2 siung bawang putih - dilumatkan
2 sudu rempah kari – dibancuh dengan
2 sudu air
1 sudu kecil serbuk cili (jika
mahu pedas)
2 sudu gula
1 sudu kecil garam
½ kg ubi kentang/ keledek - dipotong
dadu
100 gram daging lembu/ayam
2 cawan air
Cara-cara membuat intinya:-
1. Panaskan minyak. Tumis kulit kayu manis dan
jintan manis hingga naik bau.
2. Masukkan masukkan halia, bawang besar dan bawang
putih yang telah dilumatkan. Kacau rata.
3. Masukkan serbuk kari dan cili. Kacau rata hingga
terbit minyak.
4. Masukkan gula, garam dan daging. Kacau rata
hingga daging separa masak.
5. Masukkan ubi kentang/keledek dn air. Kacau
seketika dan tutup periuk dengan api yang kecil. Biarkan seketika hingga ubi
empuk.
6. Tutup api setelah masak dan ketepikan.
Bahan-bahan untuk membuat kulitnya:
1. 500
gram tepung gandum
2. 1
cawan minyak masak (panaskan)
3. Minyak
masak untuk menggoreng.
Cara-cara untuk membuat kulit:
1. Masukkan tepung ke dalam mangkuk. Curah minyak
panas suam ke dalam tepung. Gaul rata membentuk doh. (tambah tepung atau minyak
jika doh terlalu lembut atau keras).
2. Ambil
sedikit doh, canai nipis (2mm tebal) atas landasan bertepung dan isikan 1 sudu makan
inti, tutup dan kelim kemas-kemas / gunakan acu karipap untuk menutupnya dan elakkan
bocor sewaktu menggoreng. Ulangi proses yang sama hingga habis.
3. Sementara
itu panaskan minyak di dalam kuali dengan api yang perlahan.
4. Goreng
karipap hingga kuning keemasan. Angkat dan tos. Siap untuk dihidang.
No comments:
Post a Comment