Bahan-bahannya:-
1 cawan tepung beras
5 cawan santan
2 sudu tepung jagung
2 sudu gula
½ sudu kecil garam
5 biji pisang raja
Daun pisang secukupnya - dilayurkan
Cara-cara Membuatnya:-
1. Gaul sebati tepung, santan, garam dan gula.
2. Tapiskan adunan ke dalam periuk. Kacau di atas
api kecil hingga pekat dan angkat.
3. Ambil 1 senduk adunan dan letak di atas daun
pisang. Letakkan sepotong pisang dan tutup adunan ini dengan daun pisang
seperti buat lepat. Ulangi, buat hingga habis.
4. Sementara itu panaskan kukusan.
5. Letakkan kuih dalam dulang kukusan dan kukus
selama ½ jam atau hingga masak. Siap untuk dihidang.
No comments:
Post a Comment