Saturday, June 26, 2004

DONAT


Bahan-bahannya:-

500 gram tepung gandum
1 cawan gula
1 cawan susu tepung
½ sudu kecil garam
1 bungkus yis kering
1 sudu lemak sayur
1 biji telur ayam segar (pukul)
2 sudu marjerin
250 ml air suam
Minyak masak untuk menggoreng.
Gula halus / coklat cair dan coklat urai (pilihan bahan untuk salut)

Cara-cara Membuatnya:-


1.       Masukkan tepung, gula, susu, garam dan lemak sayur ke dalam mangkuk. Gaul rata.
2.       Masukkan telur, marjerin dan air suam. Gaul rata hingga menjadi doh. Uli doh hingga tidak melekat.
3.       Tutupkan dengan kain lembab dn biarkan naik hingga 2 kali ganda.
4.       Selepas naik tumbuk-tumbuk doh supaya angin keluar. Uli sekali lagi.
5.       Bahagikan adunan kepada bebola kecil dan canaikan. Terap mengikut saiz yang dikehendaki.
6.       Biarkan adunan naik sekali lagi.
7.       Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali dengan api yg sederhana.
8.       Goreng donat sehingga keemasan. Angkat dan tos.
9.       Salut donat yang telah digoreng dengan gula halus atau sapu coklat pada bahagian atas donat dan tabur dengan coklat urai. Siap untuk dihidang.

No comments:

Post a Comment

google.com, pub-5229426821154127, DIRECT, f08c47fec0942fa0