Wednesday, May 10, 2006

FISH AND CHIPS


Untuk Penyediaan Ikan

1 potong isi ikan
1 cawan serbuk roti
½ cawan tepung gandum
½ cawan tepung jagung
1 biji telur
Sedikit jejari kentang
Sedikit Mayonis
Sedikit sos cili
Sedikit daun salad

Cara-cara Memasak Isi Ikan

1.       Potong dan bersihkan ikan ikan, kemudian ditoskan.
2.       Gaulkan serbuk roti, tepung gandum dan tepung jagung hingga rata – ketepikan.
3.       Pukul telur dan mandikan isi ikan dengan telur hingga rata.
4.       Golekkan isi yang telah dimandikan telur kedalam campuran tepung.
5.       Panaskan minyak dan goreng peha ayam hingga kuning keemasan.
6.       Hidangkan dengan jejari kentang, mayonis, sos cili, salad dan sos perang

Untuk Sos Perang

½ biji bawang besar
1 sudu tepung gandum
1 sudu tepung jagung
½ kiub ayam
1 sudu sos tiram
1 sudu kicap pekat
1 sudu gula perang
2 sudu sos lada hitam
1 sudu lada hitam
2 cawan air
1 sudu besar mentega

Cara-cara Membuatnya:-

1.      Campurkan tepung gandum dan tepung jagung ke dalam 2 cawan air, kacau hingga larut – Ketepikan.
2.      Panaskan mentega sampai cair, masukkan bawang, goreng sampai layu.
3.      Masukkan lada hitam, larutan tepung gandum, kiub ayam, kacau hingga sentiasa supaya tidak berketul, masukkan sos tiram, kicap pekat, gula perang, sos lada hitam dan serbuk lada hitam.

No comments:

Post a Comment

google.com, pub-5229426821154127, DIRECT, f08c47fec0942fa0