Wednesday, May 10, 2006

Resepi Chicken Chop – Tan Beng Suan


Untuk Penyediaan Ayam

1 paha ayam diketuk pangkal lutut, diseluingkan kulit dan dibuang tulang
1 cawan serbuk roti
½ cawan tepung gandum
½ cawan tepung jagung
1 biji telur
Sedikit jejari kentang
Sedikit Mayonis
Sedikit sos cili
Sedikit daun salad

Cara-cara Memasak Paha Ayam


1.       Setelah ayam dibersihkan, buang kulit dan tulang, ambil isi sahaja.
2.       Gaulkan serbuk roti, tepung gandum dan tepung jagung hingga rata – ketepikan.
3.       Pukul telur dan mandikan paha ayam dengan telur hingga rata.
4.       Golekkan ayam yang telah dimandikan telur ke dalam campuran tepung.
5.       Panaskan minyak dan goreng peha ayam hingga kuning keemasan.
6.       Hidangkan dengan jejari kentang, mayonis, sos cili, salad dan sos perang – chicken chop.

Untuk Sos Perang - Chicken Chop

½ biji bawang besar
1 sudu tepung gandum
1 sudu tepung jagung
½ kiub ayam
1 sudu sos tiram
1 sudu kicap pekat
1 sudu gula perang
2 sudu sos lada hitam
1 sudu lada hitam
2 cawan air
1 sudu besar mentega

Cara-cara Membuatnya:-

1.       Campurkan tepung gandum dan tepung jagung ke dalam 2 cawan air, kacau hingga larut – Ketepikan.
2.       Panaskan mentega sampai cair, masukkan bawang, goreng sampai layu.
3.       Masukkan lada hitam, larutan tepung gandum, kiub ayam, kacau hingga sentiasa supaya tidak berketul, masukkan sos tiram, kicap pekat, gula perang, sos lada hitam dan serbuk lada hitam.

No comments:

Post a Comment

google.com, pub-5229426821154127, DIRECT, f08c47fec0942fa0