Thursday, July 6, 2006

Belerde Kering

Belerde kering atau agar-agar kering  adalah sejenis kuih tradisional. Ia dibuat pelbagai warna, dipotong dan yang dijemur sehingga kering dan tahan lama.

Resipi Belerde Kering

Bahan-bahan:

1.         Agar-agar               100 gm

2.         Gula               -           800 gm

3.         Gula batu      -           2 cawan

4.         Air                   -           12 gelas

5.         Daun pandan -         3 helai

6.         Pelbagai warna pilihan untuk setiap regu buatan.

Penyediaan:


1.         Agar-agar perlu terlebih dahulu direndam dalam air untuk melembutkannya.

2.         Masak agar-agar dengan air dan daun pandan hingga larut.

3.         Masukkan gula dan gula batu dan masak lagi hingga kesemua gula telah          melarut. Apabila gula sudah larut dan pekat, padamkan api.

4.         Tapiskan larutan gula tersebut dan masukkan dalam beberapa      bekas/loyang.

5.         Masukkan satu pewarna dalam setiap satu loyang. Kacau rata dan sejukkan.    Bila telah keras potong mengikut saiz yang sesuai.

6.         Agar-agar yang dipotong hendaklan tidak terlampau kecil kerana ia akan
            mengecut apabila dijemur.

7.         Agar-agar yang telah siap dipotong boleh disusunkan dalam dulang dan           jemur ditengah panas sehingga betul-betul kering.

8.         Agar-agar yang dipotong perlu dibalik-balikkan agar kesemua bahagian           agar-agar kering dengan sekata.

9.         Agar-agar yang telah cukup kering perlu disimpan dalam bekas yang kering     dan semestinya semut suka manis gula.

No comments:

Post a Comment

google.com, pub-5229426821154127, DIRECT, f08c47fec0942fa0