Bahan-bahannya:-
37.5 gram agar-agar
4 cawan gula pasir
3 cawan santan pekat
5 cawan air
1 tin susu cair
3 biji telur
Sedikit garam
Pewarna kuning
Cara-cara
Membuatnya:-
1.
Masak agar-agar dengan 3 cawan air hingga hancur
kemudian masukkan gula pasir, masak sehingga larut.
2.
Dalam periuk yang lain masukkan susu cair,
garam, telur dan santan serta pewarna kuning. Biarkan mendidih hingga telur
berkeladak.
3.
Tuang ke dalam agar-agar yang telah dimasak tadi
dan kacau sekali-sekala agar santan dan telur itu merata.
4.
Tuang ke dalam acuan. Sejukkan hingga agar-agar membeku.
No comments:
Post a Comment