Bahan-bahannya;
1 ikat pucuk ubi
1/2 biji kelapa parut (minta yang putih)
3 ekor ikan selayang - dikukus dan diambil isi sahaja
5 ulas bawang merah - dimayang
1 ulas bawang besar - dimayang
3 biji cili padi - dimayang
2 camca besar - lada boh diaduk bersama sedikit belacan.
1 biji limau nipis
1 camca cuka
Garam secukup rasa
Cara Membuatnya:
1. Daun ubi
dicelur dan dipotong kecil-kecil / seinci seinci dan diletakkan dalam mangkuk
salad.
2. Kelapa
disangar di dalam kuali bersama isi ikan
selayang, bawang merah dan sedikit
garam.
3. Masukkan
sambal kelapa kedalam mangkuk salad bersama bawang besar, cili padi, lada boh.
4. Gaulkan hingga
rata. Tambah cuka. Gaulkan sekali. Rasa, jika perlu tambah garam.
5. Hidangkan dengan memerah limau nipis.
No comments:
Post a Comment