2 cawan beras (kosek, basuh dan toskan)
1/2 cawan Ghee Blend (minyak sapi)
2 siong bawang putih - dimayang
1/2 cawan bawang merah - dimayang
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
2 inci kulit kayu manis
1 biji buah pelaga
2 1/4 cawan air
1 cawan sos tomato Del Monte
1/4 cawan susu cair Ideal
Cara-Cara Membuatnya
1. Panaskan minyak sapi Ghee Blend dan goreng bawang.
2. Masukkan bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis, buah pelaga, goreng hingga naik bau.
3. Masukkan beras, air, susu dan garam dan biarkan hingga mendidih.
4. Bila nasi hampir masak, gaulkan sos tomato dan biarkan nasi masak.
5. Hidangkan dengan ayam goreng, potongan telur rebus, hirisan bulat karot, bawang goreng dan daun bawang.
No comments:
Post a Comment