Bahan-bahannya:-
1 kg daging bahagian batang pinang
½ kg ubi kentang
3 keping asam gelugor
1 tin susu Ideal
½ cawan marjerin
2 tangkai daun ketumbar – dipotong
Garam secukup rasa.
Bahan Untuk Dilumatkan:-
10 biji bawang merah
3 siong bawang putih
2 inci kunyit segar
1 inci lengkuas
1 inci halia
2 batang serai
15 biji lada kering – yang direndam air panas dan
ditoskan
Cara-cara
Membuatnya:-
1.
Panaskan minyak di dalm kuali, tumiskan
bahan-bahan yang telah dilumatkan hingga naik bau.
2.
Masukkan daging dan gaul hingga sebati, tambah
satu cawan air dan asam keping, perlahankan api serta biarkan daging masak
sehingga air sering dan naik minyak.
3.
Masukkan susu cair, ubi kentang dan masak
sehingga empuk.
4.
Setelah empuk, masukkan daun ketumbar dan
tambahkan garam secukup rasa.
5.
Siap untuk dihidangkan.
No comments:
Post a Comment