Tuesday, April 12, 2011

HATI AYAM MASAK TOYU

Bahan-bahannya:-

300 gram hati ayam segar
½ inci halia
5 biji bawang merah
2 siong bawang putih
2 sudu besar planta margerin
2 sudu besar kicap pekat
1 sudu kecil lada sulah
1 sudu kecil tepung jagung
1 tin kecil kacang peas (buang air - toskan)
1 biji bawang besar dihiris membulat
Garam secukup rasa

Cara-caranya:-


1.       Halia, bawang merah, bawang putih ditumbuk. Selepas itu diadun bersama garam dan lada sulah. Hati ayam diperap bersama bahan ini selama ½ jam.

2.       Masukkan hati ayam yang telah diperap, margerin, kicap ke dalam periuk, ambil sedikit air dan selepas itu tambah air sehingga hati ayam terendam.

3.       Masak di atas api sehingga empuk. Masukkan bancuhan tepung jagung dengan sedikit air.

4.       Akhir sekali sebelum diangkat masukkan hirisan bawang besar dan kacang peas yang telah ditos, kacau rata-rata dan padamkan api sebaik campuran itu menggelegak semula. Siap untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment

google.com, pub-5229426821154127, DIRECT, f08c47fec0942fa0